Pak teh telah menternak ikan air tawar di zon zia tersebut mulai tahun 1995 saluas lebih kurang 30 ekar sabanyak lebih kurang 8 buah kolam dan ikan ternakan pak teh ialah ikan rohu,ikan leko,ikan patin,ikan keli dan ikan talapia merah. Pada tahun 2007 pak teh di anugerahkan di peringkat negeri sebagai tokoh usahawan ikan jaya peringkat negeri perak.
Anugerah "Tokoh Usahawan Ikan Jaya Negeri Perak 2007" |
Kepada pemborong jika ingin membeli ikan pak teh bolehlah terus berhubung melalui talian 012 4603800 harga boleh di rundingkan.Pak teh bercadang sekiranya bantuan prasarana kerajaan dapat membekalkan bekalan elektrik di kawasan zon zia akuakultur Sg Kurong ingin mewujudkan industri kecil membuat pekasam dan kolam pun boleh di pasang dgn 'paddle wheel' agar pengudaraan teratur dan kolam kolam kecil asuhan anak ikan pun boleh di wujudkan lebih banyak lagi.
Pak teh mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri perak yang telah meluluskan kawasan bekas lombong di kampung sg kurong sabagai zon zia akuakultur seluasa lebih kurang 175 hektar.Bagi menjamin kemajuan dalam sektor ternakan ikan dari segi komersial maka projek ini akan memberi serba sedikit kemajuan kepada ekonomi penduduk setempat dan negeri perak khas nya .Hasil hasil ternakan ikan di pasarkan didalam negeri dan di eksport di luar negara supaya dapat mengekalkan hasil ternakan ikan khususnya keluaran negeri perak.Tambahan pula,sebagai rakyat Malaysia yang inginkan kemajuan maka satu usaha perlu diwujudkan supaya impian dapat di laksanakan.Bagi mencapai hasrat tersebut,tanah di perlukan sebagai keperluan bagi menjamin kejayaan.